TPKian

Friday, 9 December 2016

Abang



Dalam bulan Ogos kot, dapat balik kerja awal, sementara tunggu maghrib tengok la drama Sayangku Kapten Mukriz. Aku tak kisah sangat dengan percintaan antara askar dan doktor dalam drama tu, tapi aku rasa membongak betul hubungan baik doktor tu dengan abang dia yang juga seorang askar. Hahahaha

Membesar sebagai seorang yang berbadan sihat dengan 3 orang abang bukan benda mudah (Aku memang berbadan besar dari lahir, ditambah pulak mak aku buka kedai makan, balik sekolah aku pergi kedai, tunggu mak tutup kedai sambil makan makan makan sampai malam. Masuk asrama baru jadi kurus sekeping). Masih terasa lagi stokin sekolah Achik yang dia sumbat dalam mulut aku, kena gusti, kena ejek, kena pulau time diorang main sebab perempuan mana boleh join game orang laki, kena buli macam-macam sampai taktau nak senarai mana satu. Lol. Angah aku pendiam, so dua ekor hantu si Aman dan si Achik ni lah kepalanya. Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku dengar 3 ekor ni puji aku apa-apa (dekat belakang taktau la)

Tapi, diorang je boleh ejek aku. Orang lain ejek aku gemok ke bodoh ke, mati la kau. Part paling aku yaking yang hujung-hujung hati diorang sayang aku, kalau aku balik rumah/nak pergi jauh tinggalkan rumah, diorang usap kepala aku. Paling cikai pun soft pat. Awkwardddd. Kalau pukul 2,3 pagi aku lapar, Achik jugak yang masakkan. Pernah sekali ada accident teruk depan office, laju je Achik call aku tanya aku okay ke tak sebab dia takut aku yang kena langgar. Masa baru-baru ni aku accident, mak aku tak bagitau diorang pun, uish balik rumah kot padahal aku okay je siap berlari (okay tipu). Aman pulak kalau birthday aku, selalu bagi apa yang aku nak. Angah sampai aku dah tua ni suka belanja jajan. Rupanya, sayang ni tak perlu diucap. Kadang-kadang boleh ditunjuk melalui perbuatan.

Sekarang masing-masing dah besar, aku macam tak percaya pulak dua ekor tu dah berkeluarga beranak pinak. Nasib la ada juga yang nak. Kahkahkah. Kakak-kakak ipar aku pun baik. Masa sebelum kahwin, aku ingat isteri Aman tanya Aman macam mana, haram aku taktau nak jawab apa. Sekarang tak sangka boleh keluar makan sama-sama, jalan sama-sama, sembang pasal anaklah kerjalah semualah. Ehem, tak habis lagi. Buli secara fizikal tu tak ada dah, tapi sesi membuli dengan perkataan tu masih berjalan. Aku masih lagi adik yang berbadan besar dan hodoh di mata mereka.

Diorang patut bersyukur ada adik yang baik macam aku. Kalau aku jahat, memang tak selamat la korang. Aku banyak tau rahsia kot. Contohnya, time korang tipu ayah lari keluar pergi tengok konsert Rock the World. Belum bab merokok. Bab itu, ini. Hmmm. Baiknya aku.

Entah apa aku merepek malam ni. Baru lepas lepak dengan Aman dekat Wangsa Walk, makan waffle A&W. Tu yang tiba-tiba terfikir, babe, aku tak pernah sangka ini akan terjadi. Aku tak pernah sangka kau nak jadi sematang ni :p

Brothers, i love you **yekkk**




8 comments:

  1. Aku jeles orang ada abang aaaarghhhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nasib si anak sulung.

      Delete
    2. Aku pun takde abang... mahupun adik lelaki.

      *sorry aku menyampuk komen sini je* X3

      Delete
  2. Sy ada abang dan adik perempuan, tapi dari kecik tak pernah betul2 rapat dgn diorg especially abang. Adik perempuan kecik mmg selalu sy buli. Dah besar pun tegur2 camtu je. Tapi adik beradik sebelah wife sy close gila. Mungkin sbb membesar dlm latar belakang yg berbeza.

    Dan nak ucap sayang pada adik beradik + mak bapak pun, tak mampu nak terucap. Mungkin hati sy kering sgt. But still, i feel u...

    ReplyDelete
  3. Aku ada empat abang. Tp yg rapat dan suka buli aka musuh aku cuma sorang, abg chik. Hahah sbb yg lelain dh besar dan treat aku cm princess, abg chik je yg treat aku cm lembu.

    Satu kenangan manis aku dan abg chik adalah bila aku pijak hidung dia sampai berdarah. Hahahha padan muka ajak lagi aku bergusti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yg sweet dia prnah buat adalah tanya bila aku nk balik dan bayarkan zakat fitrah aku *nanges

      Delete
  4. Uuuu sweeet sangat entri ni.
    Kalau aku kenal abang-abang kau dah lama aku share link sorg2 hahahaha.

    Kasih sayang adik beradik ni memang lain sikit cara dia.
    Aku dgn adik2 aku pun kutuk mengutuk hujung lidah je, tapi masing2 tau sayang masing2 (kot) hahahahaha

    Tapi betullah. Sayang ni bukan kena ucap baru tahu. Perbuatan pun banyak dah tanda sayang.

    ReplyDelete
  5. aku pernah masukkan plasticine tu dalam hidung adik aku masa dia kecik

    hahaha

    mmg portfolio seorang abang tu ialah utk menyakat adik

    ReplyDelete