TPKian

Saturday, 15 August 2015

Solat Jemaah




Tak tahu la bahagian lelaki macam mana, tapi bila aku pergi solat jemaah dekat surau/masjid, ni antara ujian paling selalu kena hadap di bahagian perempuan:


1. Baca kuat
Lain macam bisik dia. Sampai aku pulak yang tersasul nak baca apa.



2. Stokin orang depan bau
Hmm..Yang ni paling mencabar time sujud la



3. Termasuk bahagian lelaki
Ni kalau solat saf depan. Nanti tirai terangkat bila kena tiup angin, jatuh atas kepala kau. Bangun2 je dari sujud, kau dah termasuk bahagian lelaki sebab ltirai dah kebelakang. Orang kuat je boleh khusyuk sambil cover malu. Tambah2 bila ada orang lelaki yang baru masuk surau tengok kau je sorang perempuan tercongok bahagian diorang.



4. Orang sebelah duduk atas telekung
Kau semangat nak bangun rakaat ke-3, orang sebelah tahiyyat lagi, duduk atas telekung kau. Kalau tak tertarik sampai telekung tercabut tak apa la. Ni sampai terdedah setengah kepala. Sadis.


Ingat. Selain keselesaan diri sendiri, kita kena fikirkan keselesaan orang sekeliling juga tambah2 waktu beribadat. Apa lagi yang korang pernah alami? Kongsi2. Mungkin orang sebelah sendawa bau durian dan petai?

Sunday, 9 August 2015

Aiskrim


Hari ni panas gila. Rasa nak pengsan. Sampai je rumah terus serbu peti sejuk nak cari air.



Buka je peti sejuk nak ambil ais, ternampak la sebekas aiskrim. Macam orang mengantuk disorong bantal.. Teruja betul aku.



Tapi... Yang dapat bukan aiskrim.. Rasa punah harapan.




Angkat tangan mak siapa lagi yang simpan ikan dalam bekas aiskrim selain mak aku -___-


Saturday, 8 August 2015

Bukan Waktu yang Sesuai


Pernah tak..


..korang dah siap2 mandi..



..dah pakai baju cantik2, wangi2..



..tiba2 sakit perut kena pergi tandas?

Aku tak suka bila kena macam ni -___-

Friday, 7 August 2015

Sempurna







***
Rasanya manusia yang rasa kita serba serbi sempurna mak ayah dengan kekasih je la (tu pun time hangat bercinta. Kehkeh)